Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

PAP lancar inisiatif tingkat kesedaran kesihatan mental belia

May 1, 2022 | 5:30 AM
TINGKAT KESEDARAN:Inisiatif #BetterTogether yang diterajui (dari kiri) Encik Chan Chun Sing, Cik Sun Xueling dan Dr Wan Rizal Wan Zakariah berharap untuk melengkapi warga tentang ilmu menangani kesihatan mental. Bersama mereka ialah pengkaji kesihatan mental Encik Jonathan Kuek. - Foto PAP
TINGKAT KESEDARAN:Inisiatif #BetterTogether yang diterajui (dari kiri) Encik Chan Chun Sing, Cik Sun Xueling dan Dr Wan Rizal Wan Zakariah berharap untuk melengkapi warga tentang ilmu menangani kesihatan mental. Bersama mereka ialah pengkaji kesihatan mental Encik Jonathan Kuek. - Foto PAP -

DUA dalam lima orang telah secara peribadi bergelut dengan masalah kesihatan mental dan perangkaannya meningkat kepada satu dalam dua bagi orang muda berusia 15 dengan 35 tahun.

Perangkaannya ini diperolehi hasil satu kajian kesihatan mental yang dijalankan bulan lalu.

Ia telah didedahkan semalam semasa pelancaran #BetterTogether, satu inisiatif Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran selain merangsang tindakan bersama mengenai kesihatan mental di Singapura.

Kajian yang melibatkan 607 rakyat Singapura dan telah dijalankan oleh sayap belia PAP, iaitu PAP Muda, turut menunjukkan bahawa lebih daripada 70 peratus peserta merasakan bahawa kurangnya kesedaran mengenai isu yang berkaitan dengan kesihatan mental.

Di samping itu, lebih daripada 70 peratus tidak merasakan mereka dilengkapi dengan kemahiran untuk membantu atau menyokong seseorang yang sedang bergelut dengan masalah kesihatan mental.

Hasil kajian itu telah dibentangkan dalam satu perbincangan meja bundar di pelancaran #BetterTogether di kedai aiskrim, Apiary, semalam

Inisiatif itu diterajui Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing, Menteri Negara (Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Pendidikan), Cik Sun Xueling dan AP GRC Jalan Besar, Dr Wan Rizal Wan Zakariah.

Ia meneruskan usaha lalu dan sedia ada parti tersebut dalam masyarakat dan parlimen untuk memperjuangkan kecelikan kesihatan mental, sokongan dan destigmatisasi.

Menekankan kepentingan membangunkan keupayaan seseorang dalam menjaga kesihatan mental mereka serta yang disekeliling mereka, Encik Chan berkata: "Kebanyakan pelajar muda kita tidak akan mendapatkan bantuan kaunselor atau profesional terlebih dahulu. Itu bukan suatu kebiasaan.

"Sebaliknya, bagi belia muda selalunya apabila mereka atau teman mengalami masalah, mereka kerap akan mengongsinya dengan kawan mereka."

Akur, Dr Wan berkata justeru beberapa program yang dimulakan diharap dapat memberi pelajar pendidikan tentang isu-isu berkaitan kesihatan mental selain menggunakan ilmu yang diraih untuk menolong rakan mereka.

"Harapan kita menerusi program sebegini ialah kita akan dapat melengkapi warga untuk menolong rakan atau keluarga mereka yang memerlukan bantuan, sekali gus membina masyarakat yang lebih prihatin," ujarnya.

Menerusi inisiatif ini juga, menurut Cik Sun memberi peluang kepada PAP Muda untuk menyatukan saranan tentang bagaimana menjadikan perbincangan mengenai kesihatan mental satu kebiasaan selain menggariskan pelbagai sumber yang ada untuk membantu mereka yang memerlukannya.

"Kami juga bersedia untuk memberikan latihan kepada mereka yang ingin menjadi penyokong kepada seseorang yang sedang mengalami kesihatan mental atau ibu bapa yang mahu diri mereka dilengkapi dengan kemahiran khusus agar dapat menguruskan keprihatinan kesihatan mental anak mereka," tambahnya lagi.

Masyarakat boleh mengetahui lebih lanjut tentang inisiatif #BetterTogether ini di laman web www.bettertogether.com.sg

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg