
TIGA muka baru telah didedahkan oleh Parti Tindakan Rakyat (PAP) untuk mempengerusikan cawangan partinya di GRC Sengkang, petanda mereka akan menjadi calon parti pemerintah di sana pada pilihan raya umum akan datang.
Dalam kenyataan parti yang dikeluarkan oleh pengerusi jawatankuasa eksekutif ibu pejabat PAP, Encik Chan Chun Sing pada Ahad (27 Mac), mendedahkan bahawa Profesor Madya Elmie Nekmat, Cik Theodora Lai dan Encik Ling Weihong akan menggantikan Encik Ng Chee Meng, Encik Amrin Amin dan Encik Raymond Lye, yang merupakan sebahagian daripada pasukan yang telah diturunkan menentang Parti Pekerja (WP) pada Pilihan Raya 2020 (GE2020).
Dr Elmie akan menjadi pengerusi cawangan Sengkang Central, manakala Cik Lai akan mempengerusikan Sengkang North dan Encik Ling Sengkang East.
Dr Lam Pin Min, pengerusi cawangan Sengkang West, akan mengetuai pasukan GRC PAP Sengkang.
Encik Ng, Encik Amrin dan Encik Raymond akan terus membantu pasukan baru.
Encik Ng juga akan menjadi penasihat kepada pasukan GRC PAP Sengkang


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg