Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Papan digital untuk meluahkan penghargaan bakal dilancarkan

Jun 4, 2020 | 3:51 PM
MCCY bakal melancarkan Papan Penghargaan Digital SG United pada bulan ini.
MCCY bakal melancarkan Papan Penghargaan Digital SG United pada bulan ini. - FACEBOOK GRACE FU

Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY) bakal melancarkan Papan Penghargaan Digital SG United pada bulan ini dalam usaha bagi warga Singapura untuk saling memberi sokongan sedang negara ini membuka semula.

Menerusi papan ini, orang ramai boleh menulis mesej sokongan dan penghargaan kepada pekerja penting dan kakitangan barisan depan, serta orang lain di kalangan masyarakat mereka, menurut kenyataan bersama MCCY, SG United dan SG Together.

Ini termasuk jiran, rakan, rakan kerja atau relawan dan kumpulan masyarakat yang telah menyokong mereka, menurut kenyataan itu lagi.

Pengguna boleh memuat turun mesej ini atau mengonsinya secara langsung menerusi pelbagai wadah mesej dan media sosial.

Mesej ini akan dimuat naik ke Galeri Mesej di mana pengguna boleh membaca mesej yang ditulis orang lain.

Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Cik Grace Fu berkata, pemutus litar mencabar tetapi warga Singapura bergabung dan memberi sokongan sesama lain untuk mengurangkan penularan masyarakat.

"Sebagai satu negara, kita perlu mengekalkan daya tahan dan semangat kemasyarakatan kita untuk menghadapi norma baru. Kekal Kuat, Singapura!"

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg