PENGUNJUNG ke Muzium Negara Singapura bagi pameran baru mengenai sejarah perjalanan pengunjung ke Singapura akan berpeluang melihat papan maklumat penerbangan analog, yang sebelum ini pernah dipasang di Terminal 2 Lapangan Terbang Changi.
Dikenali sebagai papan Solari, ia dipasang menjelang pameran 'Now Boarding: Experiencing Singapore Through Travel' , yang berlangsung dari 27 Mei hingga 19 November.
Pameran itu menyusur sejarah pengunjung ke Singapura dari era 1800-an hingga 2000-an dan dan antara lain meneroka identiti negara menerusi lensa pengunjung dan kunjungan ke sini.
Papan Solari itu akan dipamer kepada umum buat julung-julung kali di dewan rotunda muzium.
Changi Airport Group, pada Januari 2020, mengumumkan dua papan Solari di Terminal 2 tidak lagi akan digunakan.
Setiap papan Solari antara lain merangkumi panel paparan dan 2,052 kapsul yang menampilkan huruf dan angka individu. Ia digunakan untuk menunjukkan maklumat penerbangan.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg