Topik diikuti
Pergi ke BHkuSempena peringati 20 tahun tangkapan anggota JI di SG
Beberapa video yang diterbitkan wartawan Berita Harian (BH) baru-baru ini juga mendapat perhatian meluas. Kandungan video ini merangkumi topik-topik yang 'berat' hinggalah kepada yang lebih 'santai'. Kami paparkan sebahagian video-video tersebut. Untuk menonton video terbitan akhbar ini, sila ke Galeri Video di www.BeritaHarian.sg atau tonton di Facebook Berita Harian Singapura dan Instagram beritahariansg.
Sempena peringati 20 tahun tangkapan anggota JI di SG
Koresponden, Ervina Mohd Jamil dan wartawan, Fakhruradzi Ismail, mewawancara bekas tahanan Jemaah Islamiyah (JI) mengenai rancangan mereka menyerang prasarana-prasaran penting negara, bagaimana mereka terpengaruh dengan ideologi radikal serta proses pemulihan yang berjaya membawa mereka ke jalan yang benar.
Papar kejiranan unik di S'pura
Wartawan, Harith Mustaffa, mengelilingi Kota Singa untuk mencari kisah-kisah menarik daripada kejiranan unik di sini. Antaranya, Harith telah meneroka kejiranan di Queenstown untuk bertemu dengan penduduk teres HDB di situ.
Siri video mengenai berita palsu, 'Fake!'
Koresponden, Siti Aisyah Nordin, bertindak sebagai Penerbit bagi siri video Fake! yang mendapat pendanaan Perkhidmatan Penyiaran Awam (PSB).