Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Parkway Parade ditutup hari ini dek kebakaran

May 16, 2016 | 1:52 PM
Kakitangan di pintu masuk memberitahu orang ramai bahawa pusat beli-belah Parkway Parade ditutup pada Isnin (16 Mei) dan akan dibuka semula pada pagi Selasa semasa biasa.
Kakitangan di pintu masuk memberitahu orang ramai bahawa pusat beli-belah Parkway Parade ditutup pada Isnin (16 Mei) dan akan dibuka semula pada pagi Selasa semasa biasa. - THE STRAITS TIMES

PUSAT beli-belah Parkway Parade di Marine Parade ditutup sehari hari ini disebabkan satu kebakaran pada Ahad (15 Mei) malam.

Menurut pekerja di situ, kebakaran tersebut berlaku di sebuah kedai runcit di tingkat dua.

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata ia dimaklumkan mengenai kebakaran itu hampir tengah malam.

Apabila tiba, pegawai SCDF mengesan kebakaran tersebut di sebuah bilik stor, memecah masuk dan memadamkan api dengan jet air. Tiada kecederaan dilaporkan dan tiada pemindahan dijalankan.

Pengurus Besar Parkway Parade, Cik Jenny Khoo, berkata: "Punca (kebakaran) sedang disiasat. Pusat beli-belah itu ditutup hari ini (16 Mei) kerana kami sedang menjalankan pembersihan dan memeriksa pusat itu."

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg