Topik diikuti
Pergi ke BHkuParlimen akan bahas, undi usul berkaitan kerusi NCMP ketiga

Jan 21, 2016 | 5:30 AM
Parlimen akan bahas, undi usul berkaitan kerusi NCMP ketiga
PARLIMEN akan membahaskan dan mengundi usul yang difailkan Parti Pekerja (WP) bagi kerusi Anggota Parlimen Tanpa Kawasan Undi (NCMP) ketiga seawal-awalnya Rabu depan selepas perbahasan tentang Amanat Presiden.
Menjelaskan tempoh tujuh hari itu, Sekretariat Parlimen berkata: "Menurut Peraturan Mesyuarat (Standing Orders), perbahasan Amanat Presiden akan berlangsung dahulu kerana perbahasan itu mempunyai keutamaan berbanding perbincangan usul."