Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Parlimen: Kos yang ditanggung pemerintah bagi HSR lebih $250 juta sehingga Mei

Jul 9, 2018 | 1:53 PM
PROJEK HSR: Encik Khaw berkata adalah amat dikesali jika Malaysia telah memutuskan untuk membatalkan projek HSR itu tetapi melengahkan untuk memberitahu Singapura kerana lebih banyak perbelanjaan yang membazir akan berlaku.
PROJEK HSR: Encik Khaw berkata adalah amat dikesali jika Malaysia telah memutuskan untuk membatalkan projek HSR itu tetapi melengahkan untuk memberitahu Singapura kerana lebih banyak perbelanjaan yang membazir akan berlaku. -

MENTERI Pengangkutan, Encik Khaw Boon Wan, berkata pemerintah telah menanggung kos lebih $250 juta bagi projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura.

Berkata demikian di Parlimen hari ini (9 Julai), beliau berkata Singapura telah pun membentuk sebuah pasukan yang merangkumi lebih 100 pakar dalam syarikat prasarana SG HSR untuk membina, memiliki, membiayai dan menyenggara prasarana awam HSR di Singapura.

"Mereka telah bekerja keras untuk memenuhi kewajipan kami bagi memenuhi garis masa pelaksanaan yang mencabar," ujarnya.

Encik Khaw berkata Singapura telah menanggung kos lebih $6 juta bagi projek itu pada bulan Jun.

Singapura juga menjangkakan untuk menanggung lebih $6 juta pada bulan Julai sambil menambah kos ini akan meningkat dengan cepat semakin lama.

Dari Ogos hingga lewat Disember tahun ini pula, Singapura perlu membelanjakan sekurang-kurangnya $40 juta lagi bagi kos tenaga manusia, perbelanjaan operasi, kos kontrak dan sebagainya, kata Encik Khaw.

"Adalah amat dikesali jika Malaysia telah memutuskan untuk membatalkan projek ini tetapi melengahkan untuk memberitahu kami kerana lebih banyak perbelanjaan yang membazir akan berlaku," katanya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg