Topik diikuti
Pergi ke BHkuParlimen: Serangan siber ke atas SingHealth akibat kumpulan APT
Parlimen: Serangan siber ke atas SingHealth akibat kumpulan APT
SERANGAN siber di Singapura yang melibatkan 1.5 juta data peribadi pesakit SingHealth merupakan hasil kerja kumpulan "ancaman tinggi berterusan" atau APTs yang sering dikaitkan dengan pemerintah asing, parlimen diberitahu tadi.
APTs merupakan proses menceroboh sistem komputer secara senyap dan berterusan untuk mendapatkan maklumat perisikan atau mencuri maklumat.
"Ini merujuk kepada kategori penyerang siber yang canggih, biasanya berkaitan dengan negara, yang menjalankan kempen siber yang dirancang dengan lancar, mencuri maklumat atau mengganggu operasi," kata Menteri Perhubungan dan Penerangan S.Iswaran sebagai respons kepada 19 soalan yang difailkan oleh Anggota Parlimen (AP), jumlah tertinggi dalam parlimen yang pernah ditanyakan berkaitan satu isu.
"Kumpulan APT yang menyerang SingHealth berterusan dalam usahanya untuk menembusi dan meletakkan dirinya dalam rangkaian, memintas langkah keselamatan dan mengakses data secara terang-terangan," kata Encik Iswaran, yang juga Menteri Pertahanan Keselamatan Siber.