Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Parlimen: Singapura akan lancar indikator kepatuhan peraturan bagi badan amal

Mar 6, 2020 | 4:12 PM
Proses mencari maklumat badan amal di portal badan amal akan dipermudahkan bagi membantu penderma membuat pilihan.
Proses mencari maklumat badan amal di portal badan amal akan dipermudahkan bagi membantu penderma membuat pilihan. - Foto Fail

BADAN amal di Singapura akan diberi gred menjelang tahun depan bagi membantu penderma membuat keputusan dengan lebih mudah mengenai pertubuhan untuk mereka salurkan sumbangan. Usaha sedang dijalankan untuk mencipta penunjuk pematuhan peraturan baru ini, dan rancangannya adalah untuk melancarkan sistem itu tahun depan di portal badan amal. Inisiatif tersebut diumumkan oleh Menteri Negara Kanan (Perhubungan dan Penerangan merangkap Kebudayaan, Masyarakat dan Belia) Sim Ann pada Jumaat (6 Mac). Beliau berkata kementeriannya sedang mempermudahkan proses mencari maklumat badan amal di portal badan amal itu untuk membantu penderma membuat pilihan berdasarkan fakta. "Halaman profil setiap badan amal, bermula dengan Institusi Bertaraf Awam (IPC), akan memaparkan maklumat tentang bagaimana IPC itu ditadbir, sebagai contoh, tahap pematuhan peraturannya," tambahnya. Terdapat sejumlah 2,277 badan amal berdaftar pada akhir 2018.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg