Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Parti Liyani pulang ke Indonesia

Beliau akan kembali ke Singapura jika diperlukan hadiri "prosiding lanjut"
Jan 28, 2021 | 5:30 AM
PULANG KE INDONESIA: Kes Parti Liyani menarik perhatian awam dengan perbahasan di parlimen mengenai kes beliau. - Foto fail
PULANG KE INDONESIA: Kes Parti Liyani menarik perhatian awam dengan perbahasan di parlimen mengenai kes beliau. - Foto fail -

BEKAS pembantu rumah Cik Parti Liyani telah terbang pulang ke Indonesia, selepas empat tahun di sini menggunakan pas khas semasa menjalani kes dakwaan ke atasnya.

Wanita berusia 46 tahun itu pulang pagi semalam, menurut satu catatan Facebook Cik Stephanie Chok, seorang penyelidik bebas yang sebelum ini merupakan pengurus pertubuhan bukan pemerintah, Pertubuhan Kemanusiaan untuk Ekonomi Migrasi (HOME).

Cik Chok mengeluarkan catatannya di laman Facebook sebelum tengahari semalam, dan berkongsi gambar Cik Parti di lapangan terbang bersama beberapa orang yang dipercayai telah memberi sokongan kepadanya semasa beliau menjalani kesnya di sini.

"Saya sangat gembira dan berasa lega yang Cik Parti akhirnya akan pulang ke pangkuan ibu dan keluarga tersayang," kata Cik Chok di dalam catatannya.

Bercakap kepada akhbar The Straits Times, Cik Chok berkata Cik Parti tidak mempunyai hasrat untuk pulang ke Singapura untuk mencari pekerjaan.

Namun, beliau akan kembali ke Singapura jika diperlukan untuk menghadiri "prosiding lanjut".

Kes Cik Parti, seorang bekas pembantu rumah yang dibebaskan dari tuduhan mencuri dari majikannya, telah menarik perhatian ramai dan membawa kepada perbahasan Parlimen selama sembilan jam mengenai sistem keadilan jenayah di sini.

Dua orang timbalan pendakwa raya yang terlibat di dalam pendakwaan kes kecurian Cik Parti sedang menjalani siasatan tatatertib.

Cik Parti telah mendapatkan khidmat guaman Encik Peter Low dan Encik Choo Zheng Xi untuk mewakilinya di dalam siasatan itu.

Warga Indonesia itu tiba pertama kali di Singapura untuk bekerja pada tahun 1997, dan bekerja untuk keluarga bekas pengerusi Changi Airport Group (CAG) Encik Liew Mun Leong pada 2007.

Keluarga Encik Liew memberhentikan Cik Parti pada 28 Oktober 2016 dan kemudian membuat laporan polis terhadapnya dengan tuduhan mencuri barang-barang bernilai lebih dari $34,000 dari rumah mereka.

Cik Parti awalnya dijatuhkan hukuman kerana mencuri dari bekas majikannya di Mahkamah Daerah, tetapi dibebaskan dari segala tuduhan tahun lepas setelah sebuah rayuan dibuat kepada Mahkamah Tinggi.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg