Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pasangan adik-beradik antara mangsa nahas di Lucky Plaza

Dec 31, 2019 | 5:30 AM
MANGSA NAHAS: Adik-beradik Cik Arcely Nucos (kiri) dan Cik Arlyn Nucos antara mangsa kemalangan kereta di Lucky Plaza kelmarin. Cik Arlyn kemudian meninggal dunia di Hospital Tan Tock Seng akibat kecederaannya. - Foto ARLYN NUCOS/FACEBOOK
MANGSA NAHAS: Adik-beradik Cik Arcely Nucos (kiri) dan Cik Arlyn Nucos antara mangsa kemalangan kereta di Lucky Plaza kelmarin. Cik Arlyn kemudian meninggal dunia di Hospital Tan Tock Seng akibat kecederaannya. - Foto ARLYN NUCOS/FACEBOOK -

ADIK maut manakala kakaknya pula sedang dirawat di hospital.

Pasangan adik-beradik - Cik Arlyn Nucos, 50 tahun, yang terkorban, dan Cik Arceli Nucos, 56 tahun, yang cedera - antara enam mangsa kemalangan di Lucky Plaza petang kelmarin (29 Disember).

Kemalangan itu juga meragut nyawa seorang lagi wanita Abigail Danao Leste, 41 tahun.

Lagi tiga wanita berusia antara 37 tahun dengan 56 tahun menerima rawatan di hospital.

Semua enam mangsa adalah pembantu rumah dari Filipina dan merupakan kawan rapat.

Mereka sedang berada di laluan pejalan kaki Nutmeg Road, di belakang Lucky Plaza untuk meraikan ketibaan Tahun Baru apabila sebuah kereta Honda berwarna hitam terbabas naik ke laluan itu.

Difahami, kereta itu merempuh kumpulan itu dan pagar, sebelum jatuh beberapa meter ke pintu keluar tempat meletak kereta Lucky Plaza itu. Mangsa dipercayai turut terhumban ke bawah.

* Artikel ini telah disemak bagi menambah ketepatannya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg