Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Projek perintis bantu pasangan baru layari bahtera perkahwinan, keluarga

Mar 21, 2021 | 9:00 PM
1f5ee807-8103-4328-82a8-377e911f49b2
- Foto IRMAYA WEDDING GALLERY

PASANGAN Islam yang baru membina mahligai kini boleh mendapatkan sokongan dipertingkat bagi melayari bahtera perkahwinan dan keluarga, kesejahteraan keibuan serta pembangunan anak-anak menerusi satu program baru. Dipanggil Temasek Foundation Achieving Resilient and Inspiring Families (Projek Arif), program perintis dua tahun itu akan menyediakan bimbingan keagamaan, perkahwinan, perubatan dan keibubapaan oleh kumpulan naib kadi, kakitangan masjid dan karyawan penjagaan kesihatan dari Hospital Wanita dan Kanak-Kanak KK (KKH). Contohnya, jururawat dan doktor KKH akan memberi bimbingan kepada bakal ibu tentang kesejahteraan umum serta penjagaan sebelum dan selepas bersalin, manakala si bakal bapa akan disediakan maklumat untuk menjaga isteri dan anaknya. Program tersebut - satu kerjasama antara Yayasan Temasek, KKH, dan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) sebagai sebahagian program Bersamamu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg