Topik diikuti
Pergi ke BHkuPasangan diberkas kerana didakwa menggunakan butiran kad bank yang dicuri
Pasangan diberkas kerana didakwa menggunakan butiran kad bank yang dicuri
Pasangan diberkas kerana didakwa menggunakan butiran kad bank yang dicuri
SEORANG lelaki dan seorang wanita diberkas Isnin lalu (22 Oktober) kerana didakwa menggunakan butiran kad kredit dan debit yang dikompromi untuk membeli barangan bernilai lebih $37,000 dalam talian, termasuk telefon bimbit, kosmetik berjenama dan beg tangan.
Polis berkata dalam satu kenyataan hari ini (25 Oktober) yang mereka memberkas lelaki berusia 43 tahun dan wanita berusia 34 tahun itu di sebuah unit kediaman di Bukit Batok Street 11.
Pegawai dimaklumkan tentang pembelian dalam talian yang melibatkan penipuan itu pada 18 Oktober lalu.
Menerusi pertanyaan dan siasatan susulan, pegawai dari Divisyen Polis Tanglin dan Jabatan Ehwal Komersial dapat menentukan identiti kedua-dua suspek itu.
Suspek diberkas kerana bersubahat dengan konspirasi untuk menipu.
Siasatan sedang dijalankan.
Jika didapati bersalah, mereka boleh dipenjara sehingga 10 tahun dan didenda.