Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pasangan kes tipu $32 juta dikehendaki polis berjaya diberkas di JB, dibawa balik ke SG

Aug 11, 2022 | 8:15 PM
AKHIRNYA DIBERKAS: Pasangan yang dikatakan terlibat dalam kes penipuan barangan mewah berjumlah $32 juta ditangkap di Johor Bahru dan diserahkan kepada SPF untuk dibawa balik ke Singapura.
AKHIRNYA DIBERKAS: Pasangan yang dikatakan terlibat dalam kes penipuan barangan mewah berjumlah $32 juta ditangkap di Johor Bahru dan diserahkan kepada SPF untuk dibawa balik ke Singapura. - Foto: SPH

Pasangan yang didakwa terlibat dalam penipuan barangan mewah, melibatkan barangan yang tidak dihantar berjumlah $32 juta, telah diberkas di Malaysia dan dibawa balik ke Singapura.

Pasukan Polis Singapura (SPF) berkata Pi Jiapeng, 26 tahun dan warga Thailand, Pansuk Siriwipa, 27 tahun, kembali ke Singapura hari ini (11 Ogos) dan akan berhadapan tuduhan bersekongkol untuk lakukan penipuan dan keluar Singapura secara haram.

"SPF telah bekerja rapat dengan pelbagai agensi penguatkuasaan undang-undang luar negara bagi mendapatkan pasangan tersebut kembali ke Singapura.

"Satu waran tangkapan telah dikeluarkan ke atas pasangan itu pada 16 Julai lalu," kata polis.

SPF berkata mereka menerima maklumat semalam (10 Ogos) daripada Polis Diraja Thailand bahawa pasangan itu mungkin tinggal di sebuah hotel di Johor Bahru, Malaysia.

"SPF dengan segera mendapatkan bantuan Polis Diraja Malaysia untuk menjejak pasangan itu,

"Waran tangkapan telah dilaksanakan Polis Diraja Malaysia di Johor Bahru pada 11 Ogos," kata SPF.

Pasangan itu akan didakwa di mahkamah esok (12 Ogos). Siasatan masih berjalan.

Pi dan Siriwapa telah diserahkan kepada SPF hari ini dan akan didakwa di mahkamah esok.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg