Pasangan M'sia berjauhan anak demi cari rezeki di S'pura
Premium
Pasangan M'sia berjauhan anak demi cari rezeki di S'pura
Jun 1, 2020 | 5:30 AM
RINDU: Cik Puteri dan suaminya, Encik Alif bersama anak mereka, Muhd Firas Imtiyaz dan Nur Eshal di majlis perkahwinan pada Mac lalu sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuat kuasa di Malaysia. - Foto Ihsan MOHD ALIF HAKIM RAMLI -
DEMI mencari rezeki di negara orang, pasangan warga Malaysia ini terpaksa menahan rindu dan berpisah daripada anak-anak tersayang yang ditinggalkan di Johor Bahru.
Kini, sudah lebih dua bulan sejak Encik Mohd Alif Hakim Ramli dan isterinya, Cik Engku Puteri Munawwarah, merasai dakapan putera dan puteri mereka, Muhd Firas Imtiyaz, empat tahun, dan Nur Eshal, dua tahun.

