KEADAAN hiruk-pikuk yang selalunya dikaitkan dengan pasar tidak kelihatan di Pasar Chong Pang, salah satu pasar yang popular di Singapura, ketika ia dibuka semula semalam setelah ditutup selama dua minggu.
Pasar itu antara beberapa pasar dan pusat penjaja yang terpaksa ditutup berikutan tercetusnya kelompok besar Covid-19 di Pelabuhan Perikanan Jurong.
Kelompok itu juga merupakan sebab utama di sebalik langkah Singapura baru-baru ini kembali ke Fasa Dua (Kewaspadaan Dipertingkat) dengan sekatan Covid-19 lebih ketat.
Pasar di Chong Pang itu ditutup selama dua minggu sejak 21 Julai untuk memutuskan rangkaian jangkitan Covid-19 dan bagi membolehkan pembersihan menyeluruh di premis dijalankan.
Satu lagi pasar yang ditutup sejak 21 Julai ialah Pusat Makanan dan Pasar Haig Road, yang akan dibuka semula esok.
Dua pasar itu telah ditutup menyusuli 35 kes Covid-19 yang dikesan di kalangan mereka yang bekerja atau mengunjungi kedua-dua tempat tersebut - 25 kes dikesan di Pusat Makanan dan Pasar Haig Road dan 10 kes di Pasar Chong Pang.
Laporan lanjut - Penutupan pasar Chong Pang turut jejas peniaga berdekatan
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg