Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Pasar Geylang Serai dinaik taraf, tutup tiga bulan mulai 29 Julai

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pasar Geylang Serai dinaik taraf, tutup tiga bulan mulai 29 Julai

Feb 23, 2024 | 01:05 PM



Pasar Geylang Serai bakal ditutup dari 29 Julai hingga 31 Oktober bagi kerja-kerja naik taraf.

Berita Harian (BH) menerima gambar satu surat bertarikh 21 Februari daripada Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) yang dikirim kepada pengendali gerai di pasar itu.


Menurut surat tersebut, kerja-kerja naik taraf bakal dilakukan dari 29 Julai hingga 31 Disember.

Pusat itu akan dibuka semula pada 1 November.

Namun, kerja-kerja naik taraf tertentu akan berterusan hingga 31 Disember tanpa mengganggu operasi perniagaan, menurut surat tersebut.

Surat itu disahkan beberapa pengendali gerai kepada BH, termasuk seorang peniaga yang rapat dengan urusan itu.

Menurut surat tersebut, kerja-kerja naik taraf itu merangkumi usaha mengganti kerusi meja, jubin, cat serta memperbaiki kemudahan dan kelengkapan pasar dan ubah elok tandas bangunan itu.

“Matlamat usaha ini adalah bagi menawarkan persekitaran bersih dan kondusif bagi pelanggan dan pengendali gerai,” kata NEA dalam surat itu.

Susulan itu, pengendali gerai diberi tiga hari dari 29 hingga 31 Julai 2024 untuk mengeluarkan barang-barang yang tidak diperlukan, mematikan bekalan utiliti dan menyediakan penutup bagi melindungi gerai mereka.

Pengendali gerai turut dinasihatkan supaya tidak meninggalkan barang berharga di dalam gerai sepanjang tempoh kerja ubah elok dijalankan.

Surat itu menambah kawasan kerja naik taraf akan dikepung dan orang ramai dilarang memasuki kawasan tersebut.

Pengendali gerai yang dihubungi BH menyatakan mereka menerima surat pekeliling itu pada 21 Februari dan akan membuat persediaan kelak.

“Seluruh Geylang Serai akan dinaik taraf. Nak buat Geylang lebih cantik dan bersih untuk tarik lebih ramai pelanggan datang ke Pasar Geylang,” kata pemilik gerai, Pak Din Nasi Ayam Bakar, Encik Osman Sudin.

Beliau yang juga Pengerusi Persatuan Peniaga-Peniaga Pasar Geylang Serai menyatakan pihaknya sedang membincangkan cara bagi membantu peniaga yang berhasrat meneruskan perniagaan sepanjang tempoh itu.

Pemilik gerai TAKDeNAMA, 47 tahun, Encik Mohammad Noorham Nordin, berkata beliau telah mendapatkan pekerjaan sambilan bagi tempoh penutupan itu.

“Sebab kita (penjaja) tak boleh berniaga dalam tiga bulan itu, jadi kita perlu cari sumber pendapatan lain buat sementara.”

NEA dalam kenyataannya pada 23 Februari, berkata kerja naik taraf di Pasar Geylang Serai itu adalah sebahagian daripada usaha di bawah Program Transformasi Pusat Penjaja (HTP).

Pasar dan Pusat Makanan Cheng San di Ang Mo Kio turut terlibat dalam program tersebut.

“Ini dilakukan sempena pusingan lanjut pembaikan dan pengubahsuaian kedua-dua pusat itu yang secara amnya dijalankan setiap enam hingga lapan tahun,” kata NEA.

Matlamat HTP adalah menyediakan prasarana yang dapat bertahan hingga masa depan bagi pusat-pusat tersebut dan menawarkan persekitaran tempat makan yang lebih selesa buat pelanggan.

Kerja meningkatkan pengaliran udara di pusat itu seperti memasang kipas tambahan dan menawarkan lebih banyak tempat mencuci tangan di kawasan pasar bakal disediakan, kata NEA.

Bagi pengendali gerai di Pasar Geylang Serai, NEA berkata sewa sepanjang tempoh penutupan itu akan dikecualikan.

Ia berkata sewa gerai tidak akan dinaikkan disebabkan kerja naik taraf itu.

Atas permintaan peniaga, agensi itu juga boleh menawarkan gerai sementara bagi pengendali yang mahu meneruskan perniagaan di pusat penjaja atau pasar lain.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >