Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pasar Geylang Serai, Mustafa Centre dan Tampines Mall; antara tempat dilawati kes Covid-19 disahkan

Jun 7, 2020 | 11:06 PM
Pasar Geylang Serai (gambar) Mustafa Centre dan Tampines Mall kini disertakan dalam senarai MOH bagi tempat dikunjungi pesakit Covid-19.
Pasar Geylang Serai (gambar) Mustafa Centre dan Tampines Mall kini disertakan dalam senarai MOH bagi tempat dikunjungi pesakit Covid-19. - Jason Quah

Dua pusat beli-belah telah disertakan dalam senarai tempat yang dikunjungi kes jangkitan Covid-19, menurut kenyataan Kementerian Kesihatan (MOH) pada Ahad (7 Jun)

Satu kes disahkan telah berkunjung ke Tampines Mall pada Selasa (2 Jun) di antara 2.45 petang dengan 3.25 petang manakala seorang lagi yang dijangkiti telah ke Mustafa Centre, pada Khamis (4 Jun) di antara 3 petang dengan 4 petang.

Kementerian itu berkata satu kes disahkan pula melawati Pasar dan Pusat Makan Geylang Serai pada 26 Mei, di antara 9 pagi dengan 10.30 pagi.

MOH juga telah mengesahkan lagi 383 kes Covid-19 baru hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan di Singapura kepada 37,910 kes.

Daripada kes baru itu, 10 adalah warga Singapura dan penduduk tetap, empat adalah pemegang pas kerja atau pelajar manakala 369 kes melibatkan pekerja asing menetap di dormitori.

Tiada kes diimport dilaporkan. 96 peratus daripada kes baru mempunyai kaitan dengan kelompok dikenali.

11 kes dalam masyarakat dikesan menerusi pemeriksaan proaktif, tambah MOH.

Daripada jumlah itu, enam adalah hasil ujian proaktif ke atas kakitangan sekolah dan pelajar berusia 12 tahun ke atas, yang mempunyai jangkitan pernafasan akut apabila pertama kali bertemu dengan doktor.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg