PASAR raya Giant sedang mengadakan pasar malam hujung tahun buat julung-julung kalinya di tempat letak kereta di Giant Tampines Hypermarket di 21 Tampines North Drive 2.
Selama dua minggu, dari Sabtu lalu hingga 4 Disember, pelanggan boleh mengunjungi hampir 30 gerai, termasuk trak makanan, permainan karnival dan lebih 24 mesin penyepit di pasar malam itu.
Antara makanan yang dijual ialah Burger Ramly dan durian.
Semua makanan masak yang dibeli di pasar malam itu akan melayakkan pelanggan mendapat baucar Giant bagi diskaun sebanyak $5 bagi perbelanjaan berjumlah $80.
Sementara itu, 1,000 pelanggan pertama yang membeli-belah di Giant Tampines Hypermarket menggunakan aplikasi yuu pada Jumaat hingga Ahad boleh mendapatkan snek kentang berperisa truffle secara percuma, tanpa perbelanjaan minimum.
Menurut Giant, sepanjang musim perayaan ini, pasar raya itu akan terus memastikan harga barangannya rendah bagi pembeli.
Mereka boleh menjangka penjimatan hingga 20 peratus bagi barang seperti sayur-sayuran segar, keperluan peribadi dan barangan rumah.
Sementara itu, ahli aplikasi kelab yuu Rewards boleh terus mendapat mata bagi setiap dolar yang dibelanja di lebih 1,000 kedai, termasuk Giant, Cold Storage Guardian Health, 7-Eleven dan banyak lagi.
Sila lungsuri laman giant.sg untuk maklumat lanjut.
Pasar malam itu dibuka dari 5 petang hingga 10.30 malam.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg