Premium
Pasar malam tetap ada tarikan bagi peniaga, pengguna
Jun 19, 2017 | 5:30 AM
MODEL NIAGA RELEVAN: Bagi peniaga, perniagaan di pasar malam menawarkan kelebihan dari segi kos kerana mereka hanya berniaga semasa tempoh permintaan tinggi, manakala bagi pengguna, ia dikaitkan dengan barangan yang ditawarkan pada harga rendah. - Foto fail -
Budaya pasar malam di estet-estet kejiranan sudah lama sebati dalam kehidupan masyarakat Singapura. Ekoran daripada permintaan yang terus kukuh bagi produk pasar malam popular seperti burger Ramly dan kebab, ada segelintir peniaga yang berkembang maju hanya dengan berjualan di pasar malam. ATIYYAH MOHD SAID (atiyyahm@sph.com.sg) meninjau perkembangan itu.
PASAR malam akan terus menjadi model perniagaan yang relevan di Singapura kerana ia menawarkan alternatif berniaga untuk peniaga dan tetap memiliki daya tarikan bagi pengguna setempat.

