Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pasar, pusat penjaja Tekka ditutup hingga Ahad

Oct 9, 2021 | 5:30 AM
PASAR BASAH DITUTUP: Seorang pekerja membersihkan kawasan pasar basah di tingkat satu Pusat Tekka yang ditutup semalam hingga esok selepas beberapa kes jangkitan Covid-19 dikesan di sana. - Foto BH oleh GAVIN FOO
PASAR BASAH DITUTUP: Seorang pekerja membersihkan kawasan pasar basah di tingkat satu Pusat Tekka yang ditutup semalam hingga esok selepas beberapa kes jangkitan Covid-19 dikesan di sana. - Foto BH oleh GAVIN FOO -

TINGKAT satu Pusat Tekka di Little India, yang menempatkan pusat penjaja makanan dan pasar basah, akan terus ditutup hingga esok selepas beberapa kes jangkitan Covid-19 dikenal pasti di sana.

Namun, kedai di tingkat dua Pusat Tekka itu boleh beroperasi seperti biasa.

Anggota Parlimen GRC Tanjong Pagar, Encik Alvin Tan, berkata hanya tingkat satu ditutup dari semalam hingga esok manakala kedai di tingkat dua - kebanyakannya kedai menjual kain dan pakaian - akan terus beroperasi.

Kawasan Pusat Tekka itu termasuk dalam kawasan undinya di Moulmein-Cairnhill.

Menerusi laman Facebook beliau, Encik Tan berkata beliau dan pasukannya di Moulmein-Cairnhill bekerjasama dengan Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) dan Persatuan Pasar Tekka untuk memberitahu, meyakinkan dan mendengar keprihatinan penjaja.

Malah, mereka telah mengadakan pertemuan dengan NEA bersama pengerusi Persatuan Pasar Tekka berhubung hal itu.

Isnin lalu, NEA berkata Pusat Tekka merupakan antara pusat penjaja di mana pengunjung biasanya berkumpul lebih lama dan tidak mematuhi langkah pengurusan selamat.

Encik Tan berkata penguatkuasaan bagi langkah pengurusan selamat di Pusat Tekka telah dipertingkat sejak beberapa bulan lalu, dengan pusat ujian pantas ditubuhkan di Tekka Lane bagi pegerai.

"Saya selalu berada di Tekka dan saya tahu ramai pegerai sudah divaksinasi dan oleh itu, mereka terlindung daripada kesan serius sekiranya mereka dijangkiti Covid-19.

"Semua orang harus memainkan peranan mereka.

"Sepanjang beberapa minggu lalu, agensi kami telah mengeluarkan saman kepada pegerai dan pengunjung yang sengaja melanggar langkah keselamatan Covid-19," ujar Encik Tan yang juga Menteri Negara (Kebudayaan, Masyarakat dan Belia merangkap Perdagangan dan Perusahaan).

Beliau turut memberitahu akhbar The Straits Times bahawa hanya tingkat pertama yang terjejas kerana pusat penjaja dan pasar basah lebih mudah terjejas dengan penularan Covid-10 kerana pengunjung tidak memakai pelitup untuk menjamu selera.

Menurutnya, beliau dan pasukannya juga telah menghubungi penjaja yang terjejas untuk menunjukkan keprihatinan mereka.

"Kami sedang berusaha meyakinkan... penduduk yang kerap berkunjung ke Pasar Tekka serta pegerai dan penjaja.

"Mereka tidak perlu terlalu bimbang (tentang Covid-19) jika mereka sudah divaksinasi, lebih-lebih lagi dengan suntikan penggalak," ujarnya.

Tambahnya, langkah menutup pasar basah dan pusat penjaja itu merupakan sebahagian langkah keselamatan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg