Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pasport S'pura kekal kedua paling berkuasa di dunia

Jan 12, 2023 | 5:30 AM
Perdana Menteri Lee Hsien Loong (kiri sekali), bersama Presiden NTUC Mary Liew (dua dari kiri), mengedarkan beg hadiah kepada pekerja pengangkutan awam semasa lawatan ke Hab Pengangkutan Bersepadu Woodlands. - Foto MARK CHEONG
Perdana Menteri Lee Hsien Loong (kiri sekali), bersama Presiden NTUC Mary Liew (dua dari kiri), mengedarkan beg hadiah kepada pekerja pengangkutan awam semasa lawatan ke Hab Pengangkutan Bersepadu Woodlands. - Foto MARK CHEONG -

PASPORT Singapura kekal sebagai yang kedua paling berkuasa di dunia, di samping Korea Selatan, dalam membenarkan kemasukan bebas visa ke 192 destinasi.

Pasport Jepun terus berada di tempat pertama kerana membolehkan kemasukan tanpa visa ke 193 destinasi, menurut satu semakan indeks sedunia terkini yang dihasilkan oleh firma penasihat kerakyatan dan penduduk, Henley and Partners.

Pada Oktober 2021, Singapura dan Jepun berkongsi tempat pertama kerana membolehkan pemegang pasport bergerak tanpa visa yang telah diluluskan terlebih dahulu ke 192 destinasi.

Indeks Pasport Henley termasuk 199 pasport dan 227 destinasi pelancongan, berdasarkan perangkaan daripada Penguasa Pengangkutan Udara Antarabangsa (Iata).

Sementara itu, pasport Afghanistan terus berada di tempat terbawah indeks itu dengan hanya memberikan akses ke 27 destinasi sahaja - 166 destinasi lebih kurang berbanding Jepun, yang mewakili jurang mobiliti global terbesar dalam sejarah 18 tahun indeks itu, menurut kenyataan Henley and Partners

Penyenaraian terkini dibuat sedang lebih banyak negara di rantau Asia Pasifik membuka sempadan selepas pandemik Covid-19.

Pergerakan global kini berada di sekitar 75 peratus daripada tahap pra-pandemik, kata firma itu.

Orang ramai dijangkakan menggunakan kebebasan pergerakan ini semula selepas permintaan terpendam sekian lama.

Sejak Ahad lalu, China telah membuka sempadan dan melonggarkan tuntutan kemasukan dengan memansuhkan langkah kuarantin bagi pelawat luar negara selepas hampir tiga tahun sekatan sempadan pandemik yang ketat dilaksanakan.

Pelawat kini hanya memerlukan ujian tindak balas rantaian polimerase (PCR) yang diambil 48 jam sebelum penerbangan memasuki China.

Sebelum ini, pengunjung diperlukan menjalani kuarantin di sebuah hotel atau kemudahan lain untuk sekurang-kurangnya lima hari pertama setibanya mereka, sebelum menjalani notis jangan keluar rumah selama tiga hari.

Pergerakan ke dan dari China dijangka bersambung semula apabila sekatan dilonggarkan dan sekurang-kurangnya empat misi perniagaan antara Singapura dan China akan berlaku dalam tempoh tiga bulan akan datang.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg