Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pastikan keselamatan klien terjamin

Ambil langkah pertama terhadap pembangunan semula kehidupan anda. Dapatkan bantuan Pusat Khidmat Keluarga PPIS hari ini!
Feb 14, 2021 | 5:30 AM
BANYAK DAPAT BIMBINGAN: Cik Nuraishah mempunyai pengalaman sebagai pekerja sosial bersama PPIS selama sembilan tahun. - Foto PPIS
BANYAK DAPAT BIMBINGAN: Cik Nuraishah mempunyai pengalaman sebagai pekerja sosial bersama PPIS selama sembilan tahun. - Foto PPIS -

KESELAMATAN dan kebajikan klien seperti Cik Nur Hidayah Mohd Salleh dan anak-anaknya sentiasa diutamakan para pekerja sosial di Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS).

Cik Nuraishah Senin, 36 tahun, yang berpengalaman sembilan tahun berkhidmat di Pusat Khidmat Keluarga (FSC) PPIS (Timur) berkata:

"Berdasarkan penilaian kami, sokongan yang paling diperlukan adalah untuk melindungi para klien kami berserta anak-anak mereka. Bagi sesetengah kes, para klien perlu mencari tempat perlindungan yang lain dan kami akan sentiasa berusaha memastikan keluarga itu selamat selepas berpindah ke tempat baru."

Menambah, Cik Nuraishah yang juga Penolong Pekerja Sosial Kanan berkata PPIS bekerjasama dengan rakan masyarakat lain untuk membantu daripada segi perumahan dan penjagaan anak-anak klien. PPIS juga bekerjasama rapat dengan keluarga klien untuk memastikan mereka diberi sokongan sepanjang tempoh sukar itu.

"Dengan berbuat demikian, kami berharap dapat membantunya dari sudut sokongan emosi supaya beliau dapat melewati masa yang sulit ini," kata Cik Nuraishah, yang berkata beliau gembira dapat memainkan peranan kecil untuk membantu para klien. FSC PPIS menyediakan pelbagai khidmat seperti kaunseling untuk masalah rumah tangga, keibubapaan, dan perumahan bagi membantu individu dan keluarga. Ia juga menawarkan khidmat nasihat bagi individu yang mengalami masalah kewangan.

Selain kaunseling, FSC PPIS juga memberi maklumat dan merujuk klien kepada agensi sesuai untuk mendapatkan bantuan lain. Ia juga mengadakan sesi pemintasan kumpulan kerja untuk para klien. Kumpulan kerja terbaru di FSC PPIS (Timur) adalah program 'Aura' untuk individu yang mengalami tekanan semasa mengasuh anak.

Menurut Cik Nuraishah, sesi pemintasan kumpulan kerja ini antara lain bertujuan membuka peluang bagi klien berkongsi kebimbangan dan masalah mereka. Di samping itu FSC PPIS (Timur) turut bekerjasama dengan agensi lain untuk memberi sokongan yang lebih menyeluruh kepada klien mereka.

Ini termasuk sokongan bagi masalah yang di luar bidang khidmat FSC PPIS. Kata Cik Nuraishah, "Keadaan sesebuah keluarga agak tidak menentu semasa mereka sedang menghadapi krisis. Oleh itu, ia amat penting untuk menjalin hubungan baik dengan pelbagai badan masyarakat atau agensi lain supaya kita dapat memberi sokongan atau intervensi yang sesuai dan menepati masa." - NURMAYA ALIAS

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg