Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pasukan bantuan SCDF berlepas ke Turkey

Feb 9, 2023 | 5:30 AM
SEDIA HULUR BANTUAN: Dr Faishal (tengah) beramah dengan anggota pasukan respons awal SCDF di lapangan terbang Changi sebelum mereka berlepas. Turut bersama beliau ialah Pesuruhjaya SCDF, Komander Eric Yap (di kanan Dr Faishal), dan ketua kontinjen, LTC Lok Wee Keong (paling kanan). - Foto SCDF
SEDIA HULUR BANTUAN: Dr Faishal (tengah) beramah dengan anggota pasukan respons awal SCDF di lapangan terbang Changi sebelum mereka berlepas. Turut bersama beliau ialah Pesuruhjaya SCDF, Komander Eric Yap (di kanan Dr Faishal), dan ketua kontinjen, LTC Lok Wee Keong (paling kanan). - Foto SCDF -

SERAMAI 20 anggota pasukan respons awal kontinjen Operation Lionheart (OLH) daripada Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berlepas ke Adana, Turkey, pagi semalam bagi membantu misi menyelamat dan kemanusiaan

Ini setelah Turkey dilanda gempa bumi sekuat 7.9 pada skala Richter pada Isnin lalu yang mengakibatkan kemusnahan besar dan korban jiwa melebihi 7,900 sejauh ini.

Menurut catatan Facebook SCDF, pasukan tersebut diketuai komander Pasukan Bantuan dan Menyelamat Bencana (Dart), LTC Lok Wee Keon, dan terdiri daripada 14 pegawai Dart, empat pakar paramedik dan seorang doktor Perkhidmatan Negara Sepenuh Masa (NSF).

Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, hadir di Lapangan Terbang Changi semalam untuk mengucapkan selamat bertugas kepada pasukan tersebut.

Dr Faishal, menerusi catatan Facebook beliau, berkata beliau yakin para pegawai dapat menjalankan misi dengan baik dan "mereka berada dalam semangat yang tinggi serta sedia membantu".

Awal daripada itu, Duta Turkey ke Singapura, Encik Mehmet Burçin Gonenli, mengunjungi ibu pejabat SCDF dan bertemu dengan kontinjen OLH untuk merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaannya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg