Pasukan bertindak baru SG Clean ditubuhkan, dorong negara tingkatkan kebersihan
Pasukan bertindak baru SG Clean ditubuhkan, dorong negara tingkatkan kebersihan
Mar 6, 2020 | 10:00 AM
Encik Masagos Zulkifli (kanan) melawat gerai makan yang mempunyai pelekat SG Clean di Our Tampines Hub ketika pelancaran kempen SG Clean pada 16 Februari 2020. FOTO: JASON QUAH -
SEBUAH pasukan bertindak silang agensi telah ditubuhkan untuk merangsang usaha seluruh negara bagi meningkatkan piawaian kebersihan awam di Singapura.
Pasukan Bertindak SG Clean, yang dipengerusikan Menteri Sekitaran dan Sumber Air, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, akan menyemai budaya 'mengekalkan kebersihan Singapura' meski selepas wabak Covid-19 beransur nanti.
Mengumumkan demikian hari ini (Jumaat, 6 Mac), Kementerian Sekitaran dan Sumber Air (MEWR) berkata pasukan bertindak itu akan mendorong usaha kolektif untuk memastikan kebersihan tempat awam; menggalak kebersihan peribadi; dan menukar norma sosial untuk mengurangkan penularan penyakit.

