SATU pasukan bertindak yang ditubuhkan pada April untuk melakar strategi bantu ekonomi Singapura bangkit dari kesan Covid-19 telah bersetuju untuk memberi tumpuan mengenal pasti perubahan kepada struktur ekonomi, menilainya dan memberi usulan bagaimana strategi ekonomi Singapura harus berubah.
Ini selepas pasukan bertindak 17 anggotai itu mengadakan mesyuarat pertama pada Rabu (6 Mei).
Ia berhasrat berkongsi usulan awal dengan Majlis Ekonomi Masa Hadapan (FEC) pada awal tahun depan.
Pasukan Bertugas Bangkit Lebih Kukuh yang dipengerusikan bersama oleh Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Desmond Lee dan ketua eksekutif kumpulan PSA International, Encik Tan Chong Meng, berkata ia juga akan berunding dengan ketua perniagaan, pakar industri, persatuan perdagangan serta warga Singapura lain.
Menulis di Facebook, Encik Lee berkata:
"Keadaan Covid-19 di dunia berubah-ubah dan sukar diramalkan. Juster, kami bercadang membentangkan usulan kami secara bertahap."


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg