Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pasukan bertindak penuhi keperluan kesihatan mental warga perlu: Presiden Halimah

Oct 11, 2020 | 2:19 PM
00459fa7-1e2e-4d02-a143-95cdd227950f
-

Presiden Halimah Yacob mengalu-alukan langkah pemerintah membentuk pasukan bertindak untuk memberikan respons nasional terhadap keperluan kesihatan mental warga Singapura, terutama sekali dalam suasana pandemik ini. Katanya, langkah tersebut perlu dan dilaksanakan tepat pada masanya. "Koronavirus menjejas ramai. Ada yang kehilangan pekerjaan dan mengalami potongan gaji.Yang belum terjejas pula sentiasa bimbang akan berlakunya tragedi (dalam hidup mereka). "Ada yang mungkin tidak dapat memikirkan masa depan untuk diri dan keluarga mereka. Golongan ini memerlukan sokongan untuk kekal sihat secara mental supaya boleh terus menjalani hidup," katanya. Pasukan bertindak itu diumumkan Perdana Menteri Lee Hsien Loong semalam, semasa berucap di acara Pertubuhan Kesihatan Dunia dalam ruang maya sempena Hari Kesihatan Mental Dunia. Pasukan itu akan dimulakan Kementerian Kesihatan (MOH) dan Institut Kesihatan Mental (IMH) dan ia bertujuan untuk memantau kesan psiko-sosial pandemik Covid-19 terhadap masyarakat.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg