Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pasukan Hari Kebangsaan BH papar daya kreatif

Aug 10, 2023 | 5:30 AM
PASUKAN HARI KEBANGSAAN: (Dari kiri) Wartawan Encik Harith Mustaffa, Encik Izwandi Azman, Cik Zulaiqah Abdul Rahim, Encik Muhaimin Suzaini, Cik Natasha Mustafa, wartawan foto Encik Shafiq Apandi, wartawan Cik Dahlia Zulkifli, koresponden Encik Anwar Saleh dan wartawan Cik Nur Syuhrah Hassan.
PASUKAN HARI KEBANGSAAN: (Dari kiri) Wartawan Encik Harith Mustaffa, Encik Izwandi Azman, Cik Zulaiqah Abdul Rahim, Encik Muhaimin Suzaini, Cik Natasha Mustafa, wartawan foto Encik Shafiq Apandi, wartawan Cik Dahlia Zulkifli, koresponden Encik Anwar Saleh dan wartawan Cik Nur Syuhrah Hassan. - Foto BH oleh SHAFIQ APANDI

Pasukan Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) 2023 Berita Harian (BH) 2023 dianggotai kakitangan wartawan belia bilik berita.

Dipimpin wartawan Encik Harith Mustaffa, dan Encik Izwandi Azman, pasukan itu menawarkan liputan yang diharap dapat memberi inspirasi kepada warga daripada kisah pahit manis usahawan yang dipilih sebagai contoh teladan dalam NDP serta kerja keras peserta dan artis yang menjayakan acara penuh meriah itu.

Anggota lain termasuk wartawan sukan Cik Zulaiqah Abdul Rahim, Encik Muhaimin Suzaini, Encik Anwar Saleh, dan ahli pasukan bahagian Gah, Cik Nur Syuhrah Hassan dan Cik Dahlia Zulkifli.

Ini juga merupakan kali pertama Encik Shafiq Apandi – yang menyertai BH awal 2023 – turun ke padang sebagai jurugambar dan wartawan Cik Natasha Mustafa serta penerbit media sosial Cik Amira Syaheera Azlan menyajikan kandungan multimedia di semua saluran media sosial BH.

Sejajar tema NDP tahun ini Onward As One (Seterusnya Ke Depan Bersatu Hati), pasukan itu telah memilih untuk bergambar di kawasan kejiranan yang memaparkan hidup seharian ramai warga Singapura dan berharap liputan tahun ini dapat memberi inspirasi kepada warga untuk membina masa depan lebih mesra bagi semua bersama-sama.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg