Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pasukan khas lakar strategi S'pura bangkit pasca Covid-19 adakan mesyuarat pertama, beri saranan secara bertahap kepada Majlis Ekonomi Masa Hadapan, kata DPM Heng

May 6, 2020 | 10:22 PM
BANGKIT LEBIH KUKUH: Timbalan Perdana Menteri Encik Heng Swee Keat berkata bahawa pihaknya tekad supaya tiada warga dibiarkan menghadapi krisis tanpa sokongan. - FOTO: Fail
BANGKIT LEBIH KUKUH: Timbalan Perdana Menteri Encik Heng Swee Keat berkata bahawa pihaknya tekad supaya tiada warga dibiarkan menghadapi krisis tanpa sokongan. - FOTO: Fail -

PASUKAN Bertugas Bangkit Lebih Kukuh telah mengadakan mesyuarat pertamanya pada Rabu (6 Mei) dan ia akan membentangkan saranan bagi Singapura bangkit dari kesan Covid-19 secara bertahap kepada Majlis Ekonomi Masa Hadapan (FEC), kata Timbalan Perdana Menteri Encik Heng Swee Keat.

Dalam catatannya di Facebook pada Rabu (6 Mei), Encik Heng berkata bahawa pasukan itu yang dipengerusikan bersama Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Desmond Lee dan ketua eksekutif kumpulan PSA International, Encik Tan Chong Meng kini sedang memantau landskap, menerokai pembangunan dan peluang baru dan sedang bersiap sedia untuk merebut peluang itu apabila wabak ini sudah berlalu.

Sebagai contoh, Encik Heng yang juga Menteri Kewangan berkata bahawa meskipun pasaran pekerjaan amat lemah sekarang, Singapura sedang menubuhkan (program) pelatihan dan peluang pembelajaran lain bagi pelajar yang akan tamat pendidikan lanjutan di Institut Pendidikan Teknikal (ITE), politeknik dan universiti

Selain itu, pasukan itu turut mengajak penduduk setempat supaya dapat berkongsi pandangan mereka dan mengahasilkan idea bersama.

"Krisis ini akan tentu mengubah penyejagatan, membawa kesan sosial yang mendalam terhadap masyarakat, mempercepat arus perubahan teknologi dan juga mengubah tingkah laku sosial serta cara perjalanan," kata Encik Heng sambil menekankan bahawa beliau tekad supaya tiada warga dibiarkan menghadapi krisis tanpa sokongan. .

"Dengan keyakinan, tekad dan perancangan yang baik, kami ingin bangkit dengan lebih kukuh daripada krisis ini dan membina masa depan yang lebih baik untuk rakyat kita," tegas Encik Heng.

Menambah, Encik Heng berkata Singapura ingin bekerjasama dengan pihak lain dari serata dunia untuk membina "dunia yang lebih baik."

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg