Premium
Pasukan NTU-NIE mulakan fasa terakhir daki Everest
Apr 21, 2017 | 5:30 AM
DAKI EVEREST: (Dari depan) Encik Jeremy Tong, Dr Arjunan Saravana Pillai dan Cik Nur Yusrina Ya'akob telah tiba di Kem Induk Everest di Nepal bagi memulakan fasa terakhir persediaan mereka mendaki ke puncak Gunung Everest. - Foto ihsan PASUKAN EVEREST NTU-NIE SINGAPURA -
PASUKAN Everest NTU-NIE Singapura telah tiba di Kem Induk Everest di Nepal bagi memulakan fasa terakhir persediaan mereka mendaki ke puncak Gunung Everest, kata Universiti Teknologi Nanyang (NTU) dalam satu kenyataan semalam.
Mereka tiba di kem itu minggu lalu menyusuli perjalanan hampir 10 hari dari Lukla dan akan berpangkalan di sana sehingga awal Jun ini apabila ekspedisi mereka dijangka berakhir.

