Topik diikuti
Pergi ke BHkuPasukan operasi SMRT Buses, STRIDES, disepadu bawah satu bumbung
Pasukan operasi SMRT Buses dan STRIDES, syarikat yang menguruskan panel pengiklanan digital dan operasi teksi serta kenderaan sewa privet (PHV) SMRT, akan ditempatkan bersama di Pusat Kawalan Operasi Pintar (iOCC) yang baharu di Depoh Bas Gali Batu, di Sungei Kadut.
Menurut kenyataan SMRT Buses pada 28 Ogos, meletakkan pasukan operasi kedua-dua syarikat di bawah satu bumbung memberi keupayaan kepada syarikat tersebut untuk mengerahkan sumber dengan lebih pantas dan cekap, jika berlakunya sebarang gangguan.
Semasa gangguan kereta api misalnya, iOCC akan bertindak sebagai bilik gerakan tunggal, dengan maklumat berhubung gangguan boleh dipaparkan pada panel pengiklanan untuk memberitahu penumpang pilihan pengangkutan alternatif, antara lain.
Teksi dan PHV juga boleh dikerahkan ke lokasi terjejas bagi mengurangkan kesesakan penumpang, tambah SMRT Buses.
Ia merupakan antara langkah di bawah inisiatif transformasi Bas 4.0, yang dilancarkan Menteri Pengangkutan, Encik Jeffrey Siow, di depoh bas tersebut pada 28 Ogos.
