Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pasukan perubatan SAF tiba di Mesir bantu rawat mangsa perang Gaza

Jan 19, 2024 | 3:19 PM
KERJASAMA BANTU MANGSA PERANG: (Dari kanan) ME3 Jimmy Woo Ying Ming dan LTC (Dr) Nazirul Hannan Abdul Aziz berinteraksi bersama  pasukan perubatan Angkatan Tentera Perancis (FAF) sebelum menaiki kapal  FS Dixmude.
KERJASAMA BANTU MANGSA PERANG: (Dari kanan) ME3 Jimmy Woo Ying Ming dan LTC (Dr) Nazirul Hannan Abdul Aziz berinteraksi bersama pasukan perubatan Angkatan Tentera Perancis (FAF) sebelum menaiki kapal FS Dixmude. - Foto KEDUTAAN SINGAPURA DI KAHERAH

Sebuah pasukan perubatan dua kakitangan daripada Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) tiba di Mesir pada 18 Januari untuk menyokong operasi perubatan bagi merawat mangsa peperangan di Gaza, menurut Kementerian Pertahanan (Mindef).

Ia terdiri daripada Leftenan Kolonel (Dr) Nazirul Hannan Abdul Aziz, seorang doktor yang merupakan pakar bertauliah dalam perubatan kecemasan, dan Pakar Tentera 3 (ME3) Jimmy Woo Ying Ming, pakar perubatan tentera dengan pengkhususan jururawat bilik pembedahan dan kejururawatan peribedah (fasa sebelum, semasa dan selepas pembedahan).

Mereka akan merawat pesakit di atas FS Dixmude, sebuah dok helikopter pendaratan Angkatan Bersenjata Perancis (FAF) yang mempunyai kemudahan hospital moden di Pelabuhan El-Arish di Mesir.

Mereka akan bekerjasama dengan pasukan perubatan FAF di atas kapal FS Dixmude itu untuk menyediakan rawatan perubatan kepada mangsa dari Gaza.

Dalam satu pos di Facebook, Menteri Pertahanan, Dr Ng Eng Hen, berkata langkah menghantar pasukan perubatan SAF itu adalah sebahagian daripada sokongan Singapura kepada sumbangan bantuan kemanusiaan kepada Gaza.

“Selamat diucapkan bagi pengerahan mereka,” tambah Dr Ng.

Pada November 2023, sebuah pesawat Tentera Udara Republik Singapura (RSAF) dengan 46 kakitangan SAF – termasuk juruterbang, kru, jurutera dan kakitangan keselamatan tentera – membawa bekalan seperti ubat-ubatan, barangan sanitasi dan makanan bagi orang awam di Gaza ke Mesir.

Di sana, bekalan itu diserahkan kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Mesir, yang mengagihkannya kepada orang awam di Gaza.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg