Pasukan petugas berbilang agensi kaji usaha galak gaya hidup lebih sihat
Pasukan petugas berbilang agensi kaji usaha galak gaya hidup lebih sihat
Nov 4, 2018 | 1:31 PM
GAYA HIDUP LEBIH SIHAT: Encik Gan mengumumkan pembentukan sebuah pasukan petugas untuk mengkaji cara menggalak gaya hidup lebih sihat semasa bercakap di acara Hari Kencing Manis Sedunia pada 4 November 2018. - Foto GAVIN FOO
SEBUAH pasukan petugas berbilang agensi yang baru telah dibentuk untuk mengkaji cara untuk menggalak warga Singapura mengikuti gaya hidup lebih sihat.
Pasukan petugas yang dipengerusikan Setiausaha Parlimen Kanan (Kesihatan merangkap Ehwal Dalam Negeri), Encik Amrin Amin, itu akan menjalankan sesi perundingan awam dari Januari hingga Mei tahun depan.
Mereka juga akan menyelaras usaha pelbagai agensi awam termasuk Kementerian Pembangunan Negara (MND) dan Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF), kata Menteri Kesihatan Gan Kim Yong hari ini (4 November).
Beliau berkata demikian di acara sempena Hari Kencing Manis Sedunia di Pusat Konvensyen dan Pameran Suntec.

