Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Pasukan respons 24 jam kendali kes keganasan keluarga akan dilancar

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pasukan respons 24 jam kendali kes keganasan keluarga akan dilancar

Feb 05, 2024 | 04:08 PM



Pasukan tindak balas kecemasan 24 jam yang terdiri daripada pakar perkhidmatan sosial, yang bertindak balas terhadap kes keganasan keluarga berisiko tinggi bersama-sama polis, akan dilancarkan secara progresif di seluruh negara dalam beberapa bulan akan datang.

Fasa pertama Pasukan Tindak Balas Kecemasan Keganasan Rumah Tangga (Dvert) akan bermula pada April 2023, di kawasan seperti Ang Mo Kio, Serangoon dan Sengkang, yang berada di bawah penjagaan Polis Ang Mo Kio.

Pegawai Dvert, yang merupakan kakitangan Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) yang terlatih dalam bidang seperti kerja sosial dan psikologi, bekerja sepanjang masa dalam syif 12 jam untuk mengukuhkan respons kecemasan terhadap kes keganasan keluarga berisiko tinggi, kata pengarah Perkhidmatan Perlindungan Dewasa MSF, Cik Tabitha Ong.

Memberi The Straits Times kemas kini kerja Dvert, Cik Ong berkata pasukan baru itu telah dikerahkan kepada 119 isi rumah dari April hingga Disember 2023, dan kebanyakan kes ini melibatkan pasangan yang telah didera secara fizikal, menurutnya.


Penubuhan Dvert adalah salah satu daripada 16 cadangan Pasukan Petugas Keganasan Keluarga, yang dipengerusikan oleh Menteri Negara Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Ehwal Dalam Negeri, Cik Sun Xueling, dan Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr  Muhammad Faishal Ibrahim, yang dikeluarkan pada 2021.

Di tengah-tengah peningkatan dalam kes keganasan keluarga, pasukan petugas telah ditubuhkan pada 2020 untuk menangani jurang dan melihat apa lagi yang boleh dilakukan untuk meningkatkan perlindungan dan sokongan kepada mangsa, antara lainnya.

Apabila polis mendapat laporan tentang keganasan keluarga dan menilai ia adalah kes berisiko tinggi, pegawai Dvert akan dikerah, dan mereka akan bertindak terhadap kes itu bersama-sama polis.

Encik Martin Chok, timbalan pengarah perkhidmatan keluarga dan masyarakat di agensi perkhidmatan sosial Care Corner Singapore, berkata tindakan pantas pegawai Dvert, seperti menilai keadaan dan merujuk mangsa kepada perkhidmatan yang dapat membantu, atau tempat perlindungan krisis serta-merta, adalah kritikal.

Beliau menambah: “Masa adalah sangat penting di sini kerana ia boleh menjadi persoalan antara hidup dengan mati.”

Encik Chok berkongsi tentang kes lalu, polis tidak menangkap pendera kerana insiden itu tidak dianggap sebagai kesalahan yang boleh membawa kepada penangkapan. Ini termasuk juga melakukan penderaan menggunakan senjata berbahaya dengan sengaja.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >