Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pasukan SCDF muncul naib johan dalam pertandingan khidmat perubatan kecemasan Asia

Jun 25, 2018 | 6:26 PM
NAIB JOHAN: Pasukan SCDF yang menyertai pertandingan EMS Asia di Davao City, Filipina, baru-baru ini.
NAIB JOHAN: Pasukan SCDF yang menyertai pertandingan EMS Asia di Davao City, Filipina, baru-baru ini. - Foto ALVIN HO

PASUKAN daripada Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) muncul sebagai naib johan dalam satu pertandingan serantau yang disertai 10 pasukan khidmat perubatan kecemasan (EMS) dari lima negara baru-baru ini.

Pasukan SCDF itu membawa pulang hadiah AS$400 ($544) dan dua alat bantuan bagi kecederaan tulang belakang.

Tempat pertama dimenangi tuan rumah bagi pertandingan EMS Asia tahun ini iaitu Filipina.

Menurut akhbar The Straits Times, peserta pertandingan anjuran Persatuan Asia bagi Khidmat Perubatan Kecemasan (AAEMS) itu berkata ia merupakan satu pengalaman pembelajaran yang baik.

Ini juga kali pertama Singapura menyertai pertandingan itu, yang berlangsung dari 16 hingga 19 Jun lalu.

Pertandingan itu menguji peserta dari segi keupayaan mereka mengurus pesakit dan situasi sebelum tiba di hospital.

Jurulatih pasukan itu, Pegawai Waran Kedua (2WO) Kamsani A. Hami, berkata pasukan itu hanya mempunyai tiga minggu untuk membuat persediaan dan bukan mudah untuk peserta berlatih bersama kerana mereka bekerja syif yang berbeza.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg