Topik diikuti
Pergi ke BHkuPaya Lebar Quarter, Poliklinik Kallang menang anugerah digital BCA
Paya Lebar Quarter, Poliklinik Kallang menang anugerah digital BCA
DUA projek Paya Lebar Quarter serta Poliklinik Kallang dan Kemudahan Penjagaan Jangka Panjang telah menerima pengiktirafan tertinggi dalam satu Anugerah Pelaksanaan Digital Bersepadu (IDD) anjuran Penguasa Bangunan dan Binaan (BCA).
Anugerah itu mengiktiraf syarikat atau projek yang menggunakan teknologi digital dalam pelbagai tahap binaan bagi meningkatkan daya penghasilan dan keutuhan, menurut kenyataan BCA.
Firma binaan, Ong & Ong, pula memenangi anugerah Platinum kerana melabur dalam satu huraian berdasarkan teknologi pengawanan yang membolehkan pekerja bekerja di luar pejabat serta membentuk jabatan teknologi digital yang mendorong pendigitalan.
Sebuah lagi syarikat, Woh Hup, yang juga memenangi anugerah Platinum, diiktiraf kerana menggunakan alat digital bagi projek berskala besar seperti Jewel dan Distrik Digital Punggol.
Poliklinik Kallang juga menggunakan alat digital bagi menguruskan rekaan dan jadualnya.
Malah, mereka yang bekerja bagi projek itu boleh menyertai mesyuarat dalam sekitaran maya 3-Dimensi.
Bangunan Paya Lebar Quarter pula diiktiraf kerana wadah pengurusan kemudahan bijaknya yang memberikan pengurus kemudahan pengetahuan mengenai prestasi bangunan berdasarkan analitik data dan kecerdikan buatan (AI).
"Faedahnya jelas. Banyak projek yang melaksanakan digital bersepadu melaporkan penjimatan sumber, kos, tenaga kerja dan masa,'' kata ketua eksekutif BCA, Encik Kelvin Wong.