Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Paya Simpanan Sungei Buloh rai 30 tahun dengan ruang tinjau baru

Dec 4, 2023 | 5:30 AM
TINJAU KEINDAHAN: Pengunjung melihat bekas Jambatan Utama di Paya Simpanan Sungei Buloh yang telah ditukar untuk menampilkan ruang tinjau baru.
TINJAU KEINDAHAN: Pengunjung melihat bekas Jambatan Utama di Paya Simpanan Sungei Buloh yang telah ditukar untuk menampilkan ruang tinjau baru. - Foto ST

Pencinta alam akan dapat menikmati program percuma dan tempat meninjau kehijauan baru di satu-satunya paya simpanan di Singapura sambil meraikan 30 tahun pemuliharaannya.

Paya Simpanan Sungei Buloh, yang menempatkan hutan bakau terbesar di Singapura, membuka ruang tinjau baru pada 25 November.

Ia dibentuk daripada jambatan utama asal selaras dengan cadangan daripada masyarakat.

Ruang tersebut, yang boleh dikunjungi dari pusat paya di Neo Tiew Crescent, menawarkan pengunjung pemandangan panorama Sungei Buloh Besar dan sudut yang baik untuk memerhati burung.

Sebagai sebahagian daripada sambutan ulang tahun ke-30 Paya Simpanan Sungei Buloh, pengunjung juga boleh mendaftar untuk program percuma seperti kelas fotografi dan lawatan berpandu di Cashin House yang dibina semula dan terletak di Taman Alam Semula Jadi Lim Chu Kang.

Akses ke rumah zaman penjajah dan taman alam semula jadi seluas 18 hektar atau sekitar 25 padang bola sepak itu, hanya untuk mereka yang mendaftar bagi program yang ditawarkan.

Orang ramai boleh ke laman webm, www.go.gov.sg/sbwr30 untuk mendaftar bagi program-program tersebut.

KUNJUNGAN TERHAD: Cashin House di Taman Alam Semula Jadi Lim Chu Kang hanya boleh dikunjungi melalui program dan kegiatan khas yang memerlukan peserta mendaftar untuk menyertainya.
KUNJUNGAN TERHAD: Cashin House di Taman Alam Semula Jadi Lim Chu Kang hanya boleh dikunjungi melalui program dan kegiatan khas yang memerlukan peserta mendaftar untuk menyertainya. - Foto ST
RUANG LUAS: Cashin House, yang pada asalnya dibina pada 1921, telah dibangunkan semula, tetapi mengekalkan unsur seni bina kolonial asli dan kini menempatkan sebuah galeri dan ruang bengkel.
RUANG LUAS: Cashin House, yang pada asalnya dibina pada 1921, telah dibangunkan semula, tetapi mengekalkan unsur seni bina kolonial asli dan kini menempatkan sebuah galeri dan ruang bengkel. - Foto ST
TENANG MEMANDANG: Seorang pengunjung menikmati pemandangan laut dari Cashin House di Taman Semula Jadi Lim Chu Kang. Cashin House menghadap ke Selat Johor dan jetinya terkenal sebagai salah satu tempat mendarat tentera Jepun di pantai barat laut pada 8 Februari 1942.
TENANG MEMANDANG: Seorang pengunjung menikmati pemandangan laut dari Cashin House di Taman Semula Jadi Lim Chu Kang. Cashin House menghadap ke Selat Johor dan jetinya terkenal sebagai salah satu tempat mendarat tentera Jepun di pantai barat laut pada 8 Februari 1942. - Foto ST
DIKELILINGI KEHIJAUAN: Bekas Jambatan Utama di paya simpanan itu telah diubah untuk menampilkan ruang tinjau baru.
DIKELILINGI KEHIJAUAN: Bekas Jambatan Utama di paya simpanan itu telah diubah untuk menampilkan ruang tinjau baru. - Foto ST
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg