Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pecah masuk kuil, lelaki 37 tahun diberkas

Apr 28, 2020 | 1:12 PM
DITANGKAP POLIS: Seorang lelaki berusia 37 tahun telah diberkas semalam kerana disyaki terlibat dalam kes pecah masuk sebuah kuil.
DITANGKAP POLIS: Seorang lelaki berusia 37 tahun telah diberkas semalam kerana disyaki terlibat dalam kes pecah masuk sebuah kuil. - - Foto: FAIL

SEORANG lelaki berusia 37 tahun telah diberkas semalam kerana disyaki terlibat dalam kes pecah masuk sebuah kuil.

Polis dalam kenyataannya berkata, pihaknya menerima laporan kira-kira 2.10 petang semalam, tentang berlakunya satu kes pecah masuk sebuah kuil di Geylang Road.

Sejumlah 9 patung berhala dilaporkan hilang.

Hasil siasatan dan dengan bantuan gambar dari kamera litar tertutup (CCTV), anggota polis dari Divisyen Polis Bedok telah mengenalpasti lelaki berkenaan dan memberkasnya pada hari yang sama.

Dia akan dihadapkan ke mahkamah esok bagi tuduhan pecah masuk.

Jika disabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjara sehingga 10 tahun dan didenda.

Polis menasihatkan pemilik hartanah untuk melaksanakan langkah-langkah pencegahan jenayah.

Mereka diingatkan untuk mengunci kesemua pintu, tingkap dan ruang terbuka lainnya semasa meninggalkan tempat yang tidak dikawal, walaupun sebentar.

Mereka juga perlu elak dari menyimpan sejumlah besar wang di premis mereka.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg