Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pegawai kadet terima anugerah penerbangan

Nov 29, 2020 | 5:30 AM
Encik Danial Amsyar Azhar
Encik Danial Amsyar Azhar -

SETIAP kali bapanya menghadiahkannya model kapal terbang, minat Encik Danial Amsyar Azhar menjadi seorang juruterbang semakin membara.

Ia mendorong anak muda berusia 20 tahun itu untuk melanjutkan pelajarannya di Politeknik Temasek dan mengambil kursus kejuruteraan aeroangkasa.

Kursus tersebut membuka laluan baginya untuk menyertai program Lesen Juruterbang Privet (PPL) yang dikendalikan Kelab Penerbangan Belia Singapura (SYFC).

Semalam, Encik Danial menjadi peserta Melayu pertama yang dianugerahkan dengan Anugerah Penerbangan Terbaik selain menerima lencana penerbangan atau 'wings' dan sijil di majlis anugerah anjuran SYFC, yang turut dihadiri Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Tenaga Manusia) Encik Zaqy Mohamad.

Kini, beliau sedang menjalani latihan bersama Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF) sebagai pegawai kadet pelatih (OCT).

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg