Topic followed successfully
Go to BHkuPegawai polis berusia 29 tahun ditemui mati dengan kesan tembakan; tiada perbuatan khianat disyaki
Pegawai polis berusia 29 tahun ditemui mati dengan kesan tembakan; tiada perbuatan khianat disyaki
Sep 19, 2022 | 3:41 PM
Pegawai polis berusia 29 tahun ditemui mati dengan kesan tembakan; tiada perbuatan khianat disyaki
Foto LIANHE ZAOBAO -
SEORANG pegawai polis ditemui dengan luka tembakan di 1 Bayfront Avenue dan disahkan meninggal dunia pada pagi Isnin (19 September).
Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan polis, senjata api ditemui di tempat kejadian dan kemudiannya dirampas polis.
"Berdasarkan siasatan awal, polis tidak mengesyaki sebarang perbuatan khianat dengan siasatan kini sedang diteruskan," tambah kenyataan itu lagi.
Polis berusia 29 tahun itu daripada Divisyen Polis Central.

