Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pegawai polis diiktiraf kerana berjaya selesai kes rumit

Jun 18, 2018 | 4:00 PM
DIIKTIRAF: (Dari kiri) Sarjan Muhammad Adhwa Haziq, Penolong Superintenden Iskandar Abdul Kadir, Timbalan Superintenden Low Jiing Haur dan Pegawai Penyiasat Kanan Sri Ganesh Rajaram diiktiraf dengan anugerah kerana berjaya menangkap seorang pencabul kehormatan Julai tahun lalu.
DIIKTIRAF: (Dari kiri) Sarjan Muhammad Adhwa Haziq, Penolong Superintenden Iskandar Abdul Kadir, Timbalan Superintenden Low Jiing Haur dan Pegawai Penyiasat Kanan Sri Ganesh Rajaram diiktiraf dengan anugerah kerana berjaya menangkap seorang pencabul kehormatan Julai tahun lalu. - Foto LIANHE ZAOBAO

SELAMA berhari-hari, dua pegawai polis yang tidak memakai pakaian seragam menghabiskan masa di sebuah jejantas di Anchorvale Road, menanti untuk menangkap seorang pencabul kehormatan yang bijak mengelak daripada dikesan.

Pada 21 Julai tahun lalu, pegawai itu akhirnya berjaya menangkap lelaki yang dikehendaki itu - Aldrin Illias, 39 tahun.

"Tertuduh akan menukar pakaiannya untuk mengelak daripada dikesan dan juga melekatkan jarinya dengan pita penutup supaya tidak meninggalkan buki DNA," kata Pegawai Penyiasat Kanan Sri Ganesh Rajaram, 38 tahun, daripada Divisyen Polis Ang Mo Kio.

Beliau dan Sarjan Muhammad Adhwa Haziq, 25 tahun, daripada Pusat Polis Kejiranan Serangoon, menangkap Aldrin.

Mereka merupakan sebahagian pasukan empat pegawai polis yang diiktiraf oleh Pesuruhjaya Polis, Encik Hoong Wee Teck, dalam satu upacara hari ini (18 Jun) kerana berjaya menangkap Aldrin, yang menyasarkan budak perempuan semuda 10 tahun.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg