Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pegawai polis jadi ‘hero’ bantu memerang lintas jalan raya

Sep 18, 2023 | 3:28 PM
ARAH TRAFIK: Seorang pegawai polis mengarahkan kereta agar berhenti supaya memerang dapat lintas jalan raya.
ARAH TRAFIK: Seorang pegawai polis mengarahkan kereta agar berhenti supaya memerang dapat lintas jalan raya. - Foto TANGKAP LAYAR TIKTOK NOVELTY2021

Sudah menjadi kebiasaan untuk rakyat Singapura terserempak dengan haiwan memerang yang berkeliaran di seluruh bandar negara ini.

Malah, ia juga ibarat “pejalan kaki” yang menggunakan jalan raya. Yang membezakannya ialah ia tidak mengikut peraturan lalu lintas!

Seperti yang dipaparkan dalam satu video yang dimuat naik pada Ahad di mana sekumpulan memerang – sekurang-kurangnya 10 ekor sedang melintas jalan raya Orchard Road yang sibuk, berdekatan dengan Istana.

Kumpulan memerang itu kelihatan seolah-olah ia menghadapi kesukaran dan sedang teragak-agak untuk melintas jalan raya sedang banyak kereta memandu lalu.

Mujur, seorang pegawai Pasukan Polis Singapura tiba untuk ‘menyelamatkan’ keadaan.

Sambil menepuk tangannya, pegawai polis tersebut menggesa kumpulan memerang itu agar melintas jalan raya sedang beliau menggunakan isyarat tangan untuk mengawal trafik.

Sebuah kereta kemudian berhenti dan kumpulan memerang itu berjaya melintas jalan raya dengan selamat.

View post on TikTok

Ini bukan kali pertama kumpulan memerang dilihat melintas jalan raya berdekatan Istana.

Pada Mac 2022, Perdana Menteri Encik Lee Hsien Loong telah memuat naik video di Facebook beliau yang menunjukkan kumpulan memerang yang melintas Orchard Road di hadapan pintu masuk Istana.

Beliau melahirkan penghargaan kepada kakitangan Istana, Lembaga Taman Negara (NParks), SPF dan anggota awam yang membantu memerang ini hidup bersama dengan orang ramai dalam sekitaran bandar.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg