Topik diikuti
Pergi ke BHkuPegawai polis wanita dipenjara lima bulan palsukan kenyataan mangsa cabul
HUKUMAN PENJARA: Kalaivani Kalimuthu menutup mukanya di luar mahkamah pada 27 Disember 2018 selepas mengaku bersalah memalsukan kenyataan. Dia semalam dikenakan hukuman penjara lima bulan. - Foto BH oleh WONG KWAI CHOW -
Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti
Jan 9, 2019 | 5:30 AM
APABILA seorang pegawai kanan polis tidak dapat bertemu dengan seorang mangsa cabul untuk ditemu ramah, dia memutuskan untuk mempercepat siasatan dengan memalsukan kenyataan wanita tersebut.
Kenyataan Kalaivani Kalimuthu seolah-olah memberi gambaran bahawa mangsa tidak kisah disentuh dan menyarankan supaya tiada tindakan lanjut diambil.
