Pegawai SCDF diberi kuasa tangani insiden libatkan keselamatan orang awam
Premium
Pegawai SCDF diberi kuasa tangani insiden libatkan keselamatan orang awam
Oct 2, 2018 | 5:30 AM
DIBERI KUASA LEBIH JELAS: Pegawai SCDF akan diberi kuasa undang-undang lebih jelas tangani pelbagai jenis insiden yang mempunyai risiko kepada keselamatan orang awam. - Foto fail -
PEGAWAI Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) akan diberi kuasa undang-undang lebih jelas menangani pelbagai jenis insiden yang mempunyai risiko kepada keselamatan orang awam pada masa akan datang apabila satu rang undang-undang diluluskan.
Rang Undang-Undang Pertahanan Awam dan Hal Lain 2018 itu diperkenal bagi bacaan kali pertama oleh Menteri Kedua Ehwal Dalam Negeri, Cik Josephine Teo, di Parlimen semalam.

