Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pegawai SCDF terkorban dalam nahas libatkan lori treler di AYE

Sep 15, 2021 | 5:30 AM
2e642671-50b6-474f-ae79-9a6a6c739d94
-

SEORANG penunggang motosikal berusia 30 tahun meninggal dunia dalam satu nahas jalan raya yang membabitkan sebuah lori treler di Ekspreswe Ayer Rajah (AYE) pagi semalam.

Mangsa kemalangan, seorang pegawai Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) yang tidak bertugas, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, kata polis.

Polis berkata pihaknya dimaklumkan mengenai kemalangan yang membabitkan sebuah motosikal dan sebuah treler di AYE menuju ke Ekspreswe Marine Coastal (MCE) pada 10.21 pagi.

Menjawab pertanyaan media semalam, SCDF dalam kenyataannya berkata mangsa seorang pegawai SCDF dari Balai Bomba Tuas yang tidak bertugas.

Beliau sedang menunggang motosikalnya tetapi terlibat dalam kemalangan tersebut, yang berlaku di AYE selepas laluan keluar dari Pioneer Road North.

Pegawai SCDF itu mengalami kecederaan serius, kata SCDF.

Pihak berkuasa telah menghubungi keluarga mangsa dan sedang memberi bantuan dan sokongan kepada mereka semasa tempoh yang sukar itu.

"SCDF berasa sedih dengan kematian pegawai kami itu dan ingin mengucapkan takziah kepada keluarganya," tambah SCDF.

Ia menambah satu kumpulan pegawai SCDF turut menyediakan sokongan emosi kepada rakan kerja mangsa.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg