Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pegawai SCDF tidak bertugas bantu padam api jiran blok sebelah ketika sahur

May 21, 2020 | 10:01 AM
WO Nasiruddin Ghaffor berjaya memadamkan api di rumah jirannya di blok sebelah ketika ternampak kebakaran itu semasa bersahur. - Foto SCDF
WO Nasiruddin Ghaffor berjaya memadamkan api di rumah jirannya di blok sebelah ketika ternampak kebakaran itu semasa bersahur. - Foto SCDF -

BARU sempat sahur dua suap nasi, Pegawai Waran (WO) Nasiruddin Ghaffor ternampak warna jingga dan asap hitam daripada blok sebelah.

Tanpa berfikir dua kali, beliau, 33 tahun, bergegas ke sana untuk memadamkan api di sebuah unit flat HDB.

Kebakaran itu yang berlaku pada sekitar 4.50 pagi di tingkat tujuh Blok 502A, Yishun Street 51, menyebabkan sekitar 80 penduduk dipindahkan, lapor The New Paper.

"Saya nampak warna jingga dan asap hitam daripada unit di blok sebelah, dan dengan serta-merta tahu itu merupakan api besar," kata WO Nasiruddin yang merupakan tenaga pengajar di Akademi Pertahanan Awam.

Beliau, yang tidak bekerja pada waktu itu, lalu bergegas ke sana dengan beg kecemasan yang memang sudah tersedia di rumah, sambil memakai penutup kepala kalis-api sebagai pelindung.

"Apinya besar, ia menjilat hampir seluruh ruang tamu," kata beliau yang menggunakan hos air berdekatan untuk memadamkan api tersebut.

Beliau juga mendapati tiada orang di dalam rumah tersebut, sebelum rakan setugas Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) yang lain tiba di tempat kejadian dan mengawal keadaan.

Api tersebut dipercayai berpunca dari bateri basikal menggunakan kuasa (PAB) dalam unit itu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg