Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pegawai TransCom dekati pelajar madrasah tentang inisiatif baru, bukan penuhi kuota

Jul 17, 2019 | 8:13 AM
BUKAN DEMI PENUHI KUOTA: Pegawai TransCom dalam gambar ini sebenarnya memberitahu dua pelajar madrasah itu tentang Riders-On-Watch (ROW) di mana relawan boleh daftar untuk membantu polis jaga keselamatan rangkaian pengangkutan awam di sini.
BUKAN DEMI PENUHI KUOTA: Pegawai TransCom dalam gambar ini sebenarnya memberitahu dua pelajar madrasah itu tentang Riders-On-Watch (ROW) di mana relawan boleh daftar untuk membantu polis jaga keselamatan rangkaian pengangkutan awam di sini. - Foto FACEBOOK

DAKWAAN bahawa pegawai Komand Keselamatan Pengangkutan Awam (TransCom) yang sedang bertugas mendekati dua pelajar madrasah untuk memenuhi kuota adalah tidak benar dan tidak bertanggungjawab, kata polis menerusi laman Facebook semalam (16 Julai).

Sebaliknya, pegawai itu sedang memberitahu pelajar itu tentang satu daya usaha baru, Riders-On-Watch (ROW), yang dilancarkan pada 2 Julai.

Di bawah skim itu, relawan daftar untuk membantu polis memerhatikan individu atau barang yang mencurigakan.

"Kami gembira dua pelajar itu telah mendaftar sebagai relawan ROW dan mereka kini sertai relawan ROW lain untuk menjaga keselamatan rangkaian pengangkutan awam Singapura.

"Komen yang bertujuan mengapi-apikan sentimen perkauman seperti itu tidak diperlukan," kata polis.

Sementara itu, Madrasah Al-Ma'arif Al-Islamiah menerusi Facebook turut tampil memberi penjelasan berhubung gambar pelajarnya yang tular di media sosial.

"Kami bangga dengan sifat pemikiran sivik dan rasa tanggungjawab pelajar kami kepada masyarakat.

"Kami terkejut dengan sikap tidak bertanggungjawab menyebarkan gambar pelajar kami sehingga di luar konteks. Kami merayu kepada orang awam untuk menghentikan spekulasi atau menyebarkan gambar ini secara tidak bertanggungjawab demi menghormati privasi pelajar kami," katanya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg