Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pegerai beri sate percuma kepada golongan memerlukan

Mar 23, 2022 | 5:30 AM
TUJUAN AMAL: Sukarelawan daripada Kelab Masyarakat Geylang West mencuba sate dari gerai Encik Mohamad Mahathir Maidin (gambar sisipan, bawah). - Foto ihsan MAHATHIR MAIDIN
TUJUAN AMAL: Sukarelawan daripada Kelab Masyarakat Geylang West mencuba sate dari gerai Encik Mohamad Mahathir Maidin (gambar sisipan, bawah). - Foto ihsan MAHATHIR MAIDIN -

SEBUAH pendekatan unik ke arah menyumbang kepada masyarakat telah ditubuhkan oleh seorang pemilik gerai penjaja tempatan.

Projek yang dinamakan 'Pandemic Care and Share' oleh Encik Mohamad Mahathir Maidin, bertujuan menawarkan hidangan set sate kepada golongan kurang berkemampuan.

Memandangkan wabak Covid-19 telah menjejaskan kebanyakan warga Singapura, Encik Mahathir, yang merupakan pemilik gerai Selera Kampung, bersama salah seorang kakitangannya, memulakan projek ini dengan harapan dapat menyumbang kepada masyarakat, terutamanya mereka yang memerlukan.

Menurut Encik Mahathir, 40 tahun, projek 'Pandemic Care and Share' yang dibiayai sepenuhnya oleh pasangan itu, bertujuan membantu golongan berbilang bangsa dan agama yang kurang berkemampuan.

"Sate boleh dianggap sebagai hidangan mewah bagi sesetengah golongan. Maka itu, saya ingin memberi peluang bagi mereka yang kurang bernasib baik untuk menikmati hidangan ini," kata pemilik gerai di Upper Boon Keng itu, yang memulakan perniagaannya pada Februari 2020.

Projek pemberian hidangan set sate itu, yang telah berlangsung pada 21 Mac lalu, merupakan kempen sumbangan pertama Encik Mahathir.

Ia diberikan kepada 100 keluarga yang memerlukan berdasarkan senarai yang dikumpul oleh Kelab Masyarakat Geylang West.

Dengan sokongan masyarakat, Encik Mahathir, yang merupakan bapa kepada dua anak lelaki berusia empat dan tujuh tahun, berharap dapat meneruskan projek itu setiap dua bulan sekali.

Encik Mahathir bercita-cita ingin bekerjasama dengan organisasi seperti Yayasan Mendaki dan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) dalam masa yang terdekat untuk terus menyumbang kepada masyarakat.

Beliau juga menggalakkan orang ramai agar dapat menyumbang dalam melakukan kerja-kerja amal sebegini.

"Sate boleh dianggap sebagai hidangan mewah bagi sesetengah golongan. Maka itu, saya ingin memberi peluang bagi mereka yang kurang bernasib baik untuk menikmati hidangan ini." - Encik Mohamad Mahathir Maidin, pemilik gerai Selera Kampung di Upper Boon Keng.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg