Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pegerai di Pusat Penjaja Pasir Ris kurang puas hati dengan pihak pengurusan

Aug 1, 2018 | 5:30 AM
KOTOR: Pegerai di Pusat Penjaja Pasir Ris mengadu pinggan mangkuk tidak dibersihkan oleh kontraktor pembersihan. - Foto FACEBOOK/BILL FRANCIS
KOTOR: Pegerai di Pusat Penjaja Pasir Ris mengadu pinggan mangkuk tidak dibersihkan oleh kontraktor pembersihan. - Foto FACEBOOK/BILL FRANCIS -

BEBERAPA pegerai mengadu tentang pengurusan kurang baik di Pusat Penjaja Pasir Ris Central.

Pusat tersebut yang dibuka secara rasmi pada 14 Julai lalu setelah mula beroperasi sejak Januari diuruskan NTUC Foodfare dan mempunyai dua tingkat serta 42 gerai.

Pengaduan tersebut dilaporkan akhbar The New Paper (TNP) yang mengatakan bahawa beberapa pegerai berkata bahawa NTUC Foodfare telah mengagihkan kutipan daripada transaksi bukan tunai kepada mereka hanya selepas lima bulan.

Mereka juga mengadu tentang meja yang tidak dibersihkan oleh kontraktor pembersihan dan pinggan mangkuk yang dirosakkan pencuci.

Setiap penjaja membayar $4,000 hingga $5,000 sebulan, termasuk $850 bagi pencuci pinggan mangkuk, $550 bagi pembersihan meja dan $150 bagi perkhidmatan pembayaran bukan tunai.

Salah seorang penyewa gerai juga memberitahu bahawa pihak pengurusan pada awalnya memberitahu penyewa bahawa kutipan transaksi bukan tunai akan diagihkan dalam masa satu setengah bulan.

Katanya:

"Hanya selepas e-mel rasmi dihantar kepada pihak pengurusan atasan dengan salinan kepada CEO (Ketua Pegawai Eksekutif), baru tindakan diambil."

Seorang lagi penjaja berkata sekitar lima gerai sudah pun 'tutup kedai' sejak pembukaan pusat tersebut Januari lalu disebabkan perniagaan yang buruk.

Menjawab pertanyaan yang diajukan akhbar TNP, seorang jurucakap NTUC Foodfare berkata ia berdepan dengan beberapa cabaran kerana kelewatan dalam pengeluaran rekod transaksi untuk pengagihan bayaran.

"Bagaimanapun, kami berjaya melakukan pengagihan pertama bagi transaksi Februari/ Mac kepada para penyewa gerai pada 1 Jun," katanya.

Selepas sistem itu stabil, pengagihan kedua dilakukan pada 1 Julai dan pengagihan seterusnya akan dilakukan secara bulanan, tambahnya.

NTUC Foodfare telah membayar balik bayaran bagi sistem tanpa tunai itu sehingga 30 Jun atas dasar muhibah.

Dalam pada itu, ia menafikan dakwaan penjaja bahawa meja tidak dibersihkan, sambil menekankan bahawa kontraktor pembersihan telah melakukan tugas mereka seperti yang dinyatakan dalam kontrak.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg